Apa maksudnya Resell Rights?

Apa bezanya antara: Resell Rights (RR), Master Resell Rights (MRR) dan Private Label Rights (PLR)

Sebenarnya, Resell rights mula popular dengan penerbitan ebook, di mana usahawan Internet membolehkan pembeli ebook mereka menjual semula ebook, dan mereka mengambil 100% keuntungan.

Resell Rights (RR)

Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%.

Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.

Mendapatkan Resell Rights atau Hak Jualan semula adalah satu pilihan untuk memulakan perniagaan Internet sekiranya tidak mempunyai produk sendiri. – Irfan Khairi, Jutawan Internet

Master Resell Rights (MRR)

Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko.

Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”.

Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)

Private Label Rights (PLR)

Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut.

Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi! Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya.

Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.

Sumber

Advertisement below the post
scroll to top