Masih dalam pengemaskinian
98%

Tahukah Anda? Bisnes Produk Digital Adalah Bisnes Internet Yang Paling Murah, Mudah dan Menguntungkan

Murah

Kos atau modal memulakan bisnes digital sangat minima kerana **tiada kos asas** menghasilkannya selain tenaga dan kemahiran.

Mudah

Menguruskan bisnes digital sangat mudah kerana tiada tekanan dalam hal penghantaran produk mahupun melayan karenah pelanggan.

Menguntungkan

Bisnes digital sangat menguntungkan kerana tidak perlu stok membolehkan untung setiap jualan 100% dapat dimiliki.

Kajian di US dan UK memberi petunjuk bahawa perbelanjaan pengguna terhadap produk digital semakin meningkat per tahun dan trend ini pasti akan menular ke Asean dengan pantas.

Orang tidak lagi pergi ke kedai untuk membeli buku, CD, DVD atau perisian kerana di internet mereka boleh membeli-belah hanya dengan beberapa klik.

Bukankah ini peluang bisnes?

Produk Digital ialah Produk Informasi

Informasi yang didokumentasikan dalam bentuk ebook, video, audio, grafik, software, aplikasi, slide persembahan dan website adalah produk digital.

Hasil Jualan Sepenuhnya Untung

Hanya bisnes produk digital yang untung jualannya 100% dapat dimiliki kerana produk digital tidak memerlukan modal untuk menghasilkan stok baru selain kelebihan yang lain iaitu murah dimulakan dan mudah diuruskan.

Adakalanya kesibukan menyebabkan kita tidak terfikir untuk menjalankan bisnes kerana budaya berfikir kita ialah jika ingin bisnes mesti fokus sepanjang masa padahal sebenarnya masih ada cara yang membolehkan kita bisnes tanpa terlalu terikat dengan masa.

Produk Digital Yang Mudah Dihasilkan 

Ebook adalah produk digital yang paling mudah dihasilkan di antara yang lain sebab asas menghasilkan ebook hanya mencari maklumat dan mendokumentasikannya dalam bentuk PDF berbanding yang lain yang memerlukan kemahiran tinggi untuk hasil yang berkualiti.

Realiti Bisnes Ebook di Malaysia

Di Malaysia, sudah ramai yang menjual ebook berbahasa Melayu seperti di laman web Klikjer malah ramai yang telah menjadi jutawan dengan menjual ebook.

Walau bagaimanapun, masih sukar menemui peniaga ebook yang memberikan hak jual semula ebook mereka berbanding di luar negara yang mana trend ini sudah menjadi komersil.

Ini bermakna peluang bisnes trend ini masih terbuka luas kepada yang mengusahakan bisnes digital pada ketika ini.

Kaedah Menghasilkan Ebook

Terdapat 3 kaedah utama yang praktikal untuk menghasilkan ebook iaitu

1. Buat Ebook Sendiri

Kaedah buat ebook sendiri mungkin sedikit memenatkan dan memakan masa kerana perlu menyediakan sendiri semua maklumat untuk dijadikan kandungan ebook yang ingin dihasilkan tetapi boleh berpuashati kerana hasilnya adalah dengan usaha sendiri.

2. Beli Ebook dan Jual Semula

Kaedah beli ebook dan jual semula adalah yang paling praktikal kerana dapat menjimatkan masa menghasilkannya. Ebook yang dibeli juga pastinya ditulis oleh pakar dan terpilih. Ebook dengan hak jual semula adalah trend bisnes digital terkini dan tidak menyalahi hakcipta asalkan dengan cara yang benar.

3. Beli Ebook, Ubah dan Jual Semula

Kaedah beli ebook kemudian buat perubahan menyeluruh sebelum menjualnya adalah kaedah terbaik walaupun tidak terlalu praktikal. Ini kerana ebook hasilan baru itu pasti lebih berkualiti kerana sebahagian kandungannya adalah hasil penyelidikan penulis asal yang ditambah dengan informasi baru.

Memilih kaedah kedua dan ketiga adalah yang lebih praktikal

Ebook yang ada hak jual semula biasanya akan disertakan dengan semua bahan jual semula seperti website jualan, ecover, ayat-ayat promosi di media sosial, ayat-ayat follow-up email dan pastinya ebook itu sendiri yang adakalanya dalam pelbagai bentuk selain PDF iaitu DOC, TXT atau PPS agar anda lebih mudah melakukan suntingan jika perlu. Mari kita teruskan memperhalusi kedua-dua kaedah ini…

Beli Ebook dan Jual Semula

Menjual produk digital khususnya ebook dengan cara beli ebook dan jual semula adalah bisnes internet yang paling praktikal bagi anda yang banyak kesibukan tapi ada minat untuk bisnes atau sudah ada bisnes tapi masih ingin membuat bisnes lain yang tidak menganggu bisnes utama.

Hanya 3 Proses Mudah, Ebook Anda Siap Dijual

1. Beli Ebook

Proses pertama ialah beli ebook yang ada hak jual semula. Biasanya harga satu ebook sekitar USD10 ke atas. Kenapa USD? Sebabnya kebanyakan yang menjual ebook dengan hak jual semula ialah di luar negara dan biasanya dalam English

2. Ubah Maklumat Milikan

Ada 3 perkara paling penting yang perlu anda ubah atau tambah khususnya pada website halaman jualan yang disertakan iaitu nama anda sebagai pemilik produk, butiran pembayaran dan harga produk. Kini ebook ini adalah milik anda.

3. Pasarkan Di Internet

Langkah seterusnya ialah upload ke hosting dan promosikan ke pasaran di internet. Anda sudah ada produk yang dijual dan bersedia untuk mendapat keuntungan 100% dari hasil jualan.

Beli Ebook, Ubah dan Jual Semula

Tidak banyak yang perlu diterangkan untuk memahami kaedah ini.

Ringkasnya, anda beli ebook dan jadikan kandungan ebook itu sebagai bahan untuk menghasilkan ebook yang baru. Penghasilan ebook itu bergantung sepenuhnya kepada kreativiti anda. 

Kelebihannya, anda tidak perlu terlalu berfikir tentang susunan dan kandungan kerana anda boleh jadikan ebook yang anda beli itu sebagai panduan.

Paling terbaik jika anda bagus dalam English kerana ada banyak ebook English berkualiti yang anda boleh terjemahkan dan susun semula dalam Bahasa Melayu.

Jenis Lesen Hak Jual Semula

Terdapat 3 jenis lesen hak jual semula bagi ebook dan produk digital lain. Pembuat produk akan menyertakan dokumen hak tersebut bersama produk yang dibeli agar tidak menyalahi peraturan.

Resell Rights (RR)

Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu produk digital itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. 

Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. 

Bererti, dia hanya boleh jual produk digital sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.

Master Resell Rights (MRR)

Yang ni, sama seperti RR, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. 

Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu produk digital itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. 

Bererti pembeli produk digital dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR).

Private Label Rights (PLR)

Yang ni pula bererti, sesiapa yang memiliknya bukan sahaja boleh menjual produk digital itu, tetapi boleh  mengubah isi kandungan produk digital tersebut. 

Siap boleh repackage, print menjadi produk digital baru dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi! 

Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada produk digital yang dibelinya. Seumpama produk digital itu adalah miliknya sendiri.

Kelebihan Ebook Yang Ada Hak Jual Semula

Selain daripada boleh terus dijual atau ubah keseluruhan kemudian dijual semula, ebook yang ada hak jual semula ini juga boleh digunakan untuk hal-hal berikut…

Buat Bengkel

Anda boleh membuat bengkel offline di tempat anda menggunakan kandungan ebook itu sebagai module.

Bonus Affiliate

Jika anda seorang pemasar affiliate, ebook ini pasti sangat membantu anda menarik perhatian orang lain klik link affiliate anda.

Kumpul Email

Ebook adalah antara senjata penggumpul email untuk dijadikan bahan download menggunakan autoresponder.

Website Keahlian

Ebook juga dapat digunakan sebagai kandungan download dalam website keahlian. 

Email Follow-Up

Kandungan ebook boleh dijadikan sebagai tulisan di email follow-up pelanggan anda.

Artikel Blog

Kandungan ebook adalah emas bagi blogger untuk dijadikan artikel dengan cara yang kreatif.

Cetak dan Jual

Mencetak dan menjual ebook ini di pasaran sebenar adalah antara pilihan yang baik dan pastinya menguntungkan.

Buat Video

Kandungan ebook boleh dijadikan sebagai kandungan video mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk Koleksi

Ada sesetengah orang suka menyimpan ebook sebagai koleksi bacaan. Mungkin anda juga begitu.

Contoh Ebook Jual Semula Segera

Di bawah ini adalah contoh ebook yang dibeli beserta lesen hak jual semula. Dengan sedikit perubahan, ebook tersebut sudah jadi produk sendiri, jual atas nama anda dan untung 100% milik sendiri.

Ebook Instagram Guides For Beginners

Ebook ini dalam English yang mengandungi panduan Instagram untuk pemula.

Anda boleh menjualnya dengan sedikit perubahan atau mengubahnya 100% seperti menterjemah kepada Bahasa Melayu dan jual semula.

Apabila anda membeli ebook yang ada lesen hak jual, penjual akan menyertakan bahan-bahan untuk diupload ke server terutamanya Sales Page dan bahan sokongan lain (seperti gambar di sebelah).

Gambar ini menunjukkan folder yang disertakan dalam ebook ini. Video di bawah memberikan gambaran ringkas proses mengubah Sales Page.

Video Ringkas Gambaran Mengubah Sales Page

Kursus lengkap dan sokongan penuh cara mengubah Sales Page secara lebih terperinci bermula dari mengubah perkara penting (seperti dalam video), memasang butang pembayaran Paypal, upload ke server hingga produk anda sedia untuk dijual di pasaran internet ada disediakan di website ini. Teruskan jelajah anda untuk informasi selanjutnya. 

Di mana boleh didapatkan ebook yang ada hak jual semula?

Oleh kerana sukar untuk mendapatkan ebook Melayu dengan hak jual maka ebook English adalah pilihan terbaik kerana selain boleh dijual semula segera ke pasaran global, ianya adalah idea terbaik untuk membuat ebook sendiri dengan menterjemahkannya ke dalam Melayu.

Contoh Ebook Bahasa Malaysia

Berikut adalah antara ebook yang dihasilkan oleh entrepreneur Malaysia. Klik gambar untuk ke halaman jualan ebook berkenaan.

PENAFIAN: Ebook-ebook di atas tiada kaitan dengan website ini dalam hal penghasilannya. Kami memaparkannya sebagai contoh ebook atau produk digital telah dihasilkan oleh entrepreneur Malaysia yang mana anda juga boleh menghasilkannya menggunakan kaedah  #1 atau #3 seperti yang telah diterangkan.

Kesimpulan Bisnes Produk Digital

Menjual produk informasi digital di Internet seperti Ebook, Grafik, Video dan Audio mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan sangat menguntungkan kerana…

Kos Rendah
Kos penghasilan produk yang amat minima atau rendah.
Cepat Dihasilkan
Mudah dan cepat dihasilkan.
Tanpa Stok
Tidak perlu menyimpan stok atau gudang simpanan yang besar.
Untung 100%
Margin keuntungan yang besar.
Fleksibel
Boleh melakukan perniagaan di mana-mana sahaja!
Mudah Diurus
Sangat mudah diuruskan.
% Rugi Kecil
Rendah risiko. Peratus kerugian yang amat kecil.
Mudah Kemaskini
Mudah dikemaskini tanpa kos tambahan.
Hanya Download
Tidak perlukan kos penghantaran. Hanya download melalui Internet sahaja.
Automatik
Boleh diautomasikan sepenuhnya.

Gambaran Untung Bisnes Produk Digital

Jika anda hanya ada satu produk digital dengan harga jualan RM50 sahaja.

Andaikan satu hari, satu jualan. 30 hari, 30 jualan x RM50 = RM1,500 untung bersih. Jika produk anda ada 2,4 atau 8 dan jualan harian 2,4 atau 8?

Bayangkan lagi pada suatu hari jualan terkumpul anda ditakdirkan mencapai 1,000 sebulan. Wow! RM50,000 sebulan.

Adakah ini mustahil?

Sangat mustahil jika anda tidak memulakannya sekarang kerana suatu hari itu seharusnya bermula hari ini.

Kami ingin menawarkan perkongsian 'koleksi luar biasa kami' iaitu Pek Besar Produk Bisnes Digital yang mengandungi 10,000 ebook beserta lesen hak jual semula RR, MRR, PLR dan pelbagai bonus eksklusif serta sokongan penuh kepada anda.

Info dan keterangan di halaman ini bertujuan untuk membantu anda bermula dengan pantas tanpa anda perlu terlalu membuang masa, tenaga dan melabur banyak wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara untuk mula berniaga di internet.

Jika berminat dengan tawaran kami, anda boleh klik butang minat di bawah atau anda juga boleh memilih untuk Download Percuma 200 produk digital termasuk lebih 50 Ebook yang disertakan lesen hak jual semula RR, MRR dan PLR.

Selamat menjalankan Bisnes Digital Online.

Artikel Premium